iklan

Sunday, 3 November 2013

PROMOSI PERTAMA 'REMPAH RENDANG DI RAJA 'MAK MORTUO DEN' BERSAMA ARTIS DI PWTC

REMPAH  RENDANG  DI RAJA MENJADI 'LAUK'  ARTIS  HARI INI


Assalammualaikum

Malam tadi berlangsungnya  jamuan makan malam serta Konsert Artis 1 Malaysia bagi mengisi dana untuk tabung Yayasan Artis 1 Malaysia yang berlangsung di  Tingkat Empat Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur

Alhamdullilah konsert yang berlansung selama lebih 2 jam ini diresmikan olih  YB Dato' Seri Shaberi Cheek  Menteri Penerangan Malaysia dan dihadiri lebih 500 orang tetamu yang terdiri dari Penderma atau sponsor dan juga artis-artis tempatan.

Syukur dalam kesempatan ini saya menghadiahkan atau sponsor beberapa pek jenama produk saya iaitu Rempah Di Raja 'Mak Mortuo Den' untuk cabutan 'nombor bertuah'. Didalam acara tersebut 'jenama' ini telah memulakan 'promosi'nya . Alhamdullilah dalam kebingitan alat siar raya jenama syarikat dan produk keluaran saya telah disebut berulang kali. Terima kasih Allah.
Photo: Menghadiri majlis makan malam Perhimpunan Artis2 Tanahair di PWTC.. 5 packet Rempah Di Raja Mak Mortuo Den akn di hadiahkan pd pemenang2 lucky draw.. siapalah si bertuah tu...
Lucky draw dr Titanius Global Enterprise.
PEK UNTUK CABUTAN BERTUAH

Tidak ketinggalan juga Titanius Global menghadiah lebih 30 bungkus 'pek promosi' untuk rakan-rakan yang bernasib baik untuk memilikinya dan diantaranya adalah seperti gambar dibawah :-




Diantaranya Ibnor Riza, Salwa Abd Rahman, Dahlan Zainuddin, Halil Chik, Nesh dan lain-lain yang sempat saya rakamkan. Alhamdullilah galakan dari rakan artis serta sahabat sangat mengujakan dan ada diantara telah mula membuat tempahan dan Salwa Abd Rahman merupakan rakan artis  pertama yang membeli 'pek' 320 gram Rempah Di Raja 'Mak Mortuo Den'melalui 'watsapp 0176781329'. Terima kasih ! Wa.


Photo: InsyaAllah ada perancangan sy & chef Liza utk programe memasak mengunakan Rempah Di Raja Mak Mortuo Den. Doa2kan ye.
KESEMPATAN JUGA BERGAMBAR BERSAMA CHEF LIZA. BELIAU BERMINAT
UNTUK MEMBUAT PROGRAM MASAKAN DENGAN MENGGUNAKN
REMPAH RENDANG DIRAJA''MAK MORTUO DEN'
TERIMA KASIH CHEF!!
                                                        ikhlas dari :- Noorshila Amin           


No comments:

Post a Comment